Radhi Muslim
Kata
Frankie, DAP Sabah masih bersama-sama dengan blok pembangkang Warisan
Plus yang memberi sokongan kepada Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
SANDAKAN:
Selepas Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Sabah tampil menjelaskan tiada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti
itu bertindak keluar parti.
Penjelasan itu menepis dakwaan akan ada Adun DAP dan Warisan bertindak keluar parti secara beramai-ramai.Pemangku
Pengerusi DAP Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung berkata, DAP Sabah
masih bersama-sama dengan blok pembangkang Warisan Plus yang memberi
sokongan kepada Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
"Kita
mengadakan sidang media ini susulan pengisytiharaan Adun Sebatik keluar
parti dan kononnya akan ada lagi Adun Warisan dan DAP mengikut jejak
itu (keluaar parti).
"Saya yakin bahawa semua Adun DAP dan Warisan khususnya di Sandakan tidak akan berbuat demikian.
"Kami kekal bersama Warisan Plus dan tidak akan keluar parti ini," katanya pada sidang media di Sandakan pada Sabtu.
Sehubungan
itu, beliau yang juga Adun Tanjong Papat turut mengingatkan semua Adun
DAP agar tidak mengkhianati undi yang diberikan rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan