“Lihat pernyataan saya. Tidak ada satu perkataan pun yang menyebutnya (Maszlee) Saya hanya mengatakan bahawa kandungan buku teks Tingkatan 4 perlu diperbetulkan.
“Penulisan kandungan dalam buku teks ini dimanipulasi dan ia berlaku ketika Pakatan Harapan (PH) berada dalam pemerintahan,” katanya di forum maya malam tadi.
Asyraf mendesak kementerian pendidikan memperbetulkan beberapa kandungan dalam buku teks yang menurutnya memdewakan komunis sebagai pejuang kemerdekaan.
Dia mendakwa ini sengaja dilakukan oleh PH ketika dalam pemerintahan untuk “menyemai benih” ideologi “Malaysia Malaysia”.
Kementerian pendidikan sejak itu memperjelas perubahan kandungan buku teks tersebut, dengan mengatakan bahawa ia telah diselesaikan pada bulan April 2018, sebelum PH berkuasa.
Kementerian mengatakan penerbitan buku teks sejarah Kurikulum Standard Sekolah Menengah berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), dan bahawa prosedur operasi standard kementerian mengenai penerbitan buku teks telah dikemas kini pada 2018.
Dr. Maszlee, yang merupakan Menteri Pendidikan ketika PH memerintah, mengemukakan surat tuntutan kepada Asyraf yang menuntut permohonan maaf secara terbuka.
Semasa forum tersebut, Asyraf berkata, DSKP perlu mendapatkan lampu hijau terakhir dari Kabinet, walaupun telah disetujui pada 24 April 2018.
Beliau memberitahu Parlimen dan Kabinet Barisan Nasional (BN) telah dibubarkan pada masa itu.
“Perlu juga diingat bahawa percetakan buku teks ini dilakukan pada tahun 2019. Jadi, antara April 2018 dan 2019, proses penulisan buku-buku ini tidak berada di bawah BN,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan