HALAMAN SANTAI

Khamis, 25 Februari 2021

YDPA ada kuasa panggil Parlimen bersidang tanpa nasihat PM – Ku Li

 Wartawan MalaysiaGazette

MGF24122020_MINDA-PROFESOR-NEGARA_10
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong (YDPA) mempunyai kuasa untuk memanggil Parlimen bersidang tanpa nasihat Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah berkata, ia termaktub bawah Perlembagaan dan ditambah pula dalam keadaan darurat yang diisytiharkan.

“Penentuan tarikh persidangan yang sesuai boleh ditentukan oleh YDPA,” katanya yang dikenali Ku Li dalam satu kenyataan ringkas semalam.

Terdahulu, Ku Li juga menyambut baik ketegasan yang dizahirkan oleh Istana Negara yang Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuatkuasa.

“Sudah tentu rakyat bergembira dengan kenyataan ini,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid juga menyatakan kenyataan YDPA itu sememangnya ditunggu-tunggu kerana fungsi institusi demokrasi sepatutnya terus berjalan sebagaimana sepatutnya kerana ia penting untuk semak dan imbang dalam urustadbir kerajaan tetap perlu berjalan.

MGF01092018_Program-Transformasi-Qaryah_02
Mohd Azmi Abdul Hamid.

“Negara sedang berdepan dengan sangat genting yang belum pernah berlaku. Kesan rantaian kepada ekonomi negara sangat parah. Untuk itu wakil rakyat perlu bersidang untuk mencari jalan terbaik untuk menguruskan krisis ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Mohd Azmi, pelbagai keputusan kerajaan seharusnya dibentang di Parlimen untuk dibahas secara terperinci. Kerajaan tidak harus melakukan tindakan tanpa mendapat pandangan balas wakil rakyat yang lain.

“Dengan yang demikian kami mengesa Perdana Menteri seharus menyahut titah tersebut untuk segera menetapkan sidang Parlimen secepat mungkin,” katanya.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: