HALAMAN SANTAI

Ahad, 28 Februari 2021

2 Ahli Parlimen PKR keluar parti, isytihar sokong Muhyiddin

FMT Reporters


PETALING JAYA: Dua Ahli Parlimen PKR keluar parti itu dan menyatakan sokongan mereka kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Mereka adalah Ahli Parlimen Julau Sarawak Larry Sng dan Ahli Parlimen Tebrau Johor Steven Choong.

“Selepas satu tahun menilai prestasi kerajaan, hari ini 2 Ahli Parlimen PKR buat keputusan sokong Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, Perikatan Nasional.

“Tahniah Julau dan Tebrau,” kata Hizwan Ahmad, setiausaha politik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin di Facebook.

Hizwan menambah, keputusan Ahli Parlimen itu disifatkan sebagai langkah menuju kerajaan yang stabil dan negara yang selamat.

Menurut sumber, Sng sebelum ini dipercayai beberapa kali didekati PPBM tetapi menangguhkan rancangan itu kerana hubungan peribadinya dengan presiden PKR Anwar Ibrahim.

Untuk rekod, PKR kini tinggal 36 Ahli Parlimen. Sebelum ini, PKR memenangi 48 kerusi pada pilihan raya Mei 2018.

Tiada ulasan: