HALAMAN SANTAI

Khamis, 25 Februari 2021

Rakyat diseru tolak politik kebencian, fitnah - Ismail Sabri

Bernama
Rakyat diseru tolak politik kebencian, fitnah - Ismail Sabri
Ismail Sabri turut mengingatkan parti itu untuk belajar daripada kesilapan
dan membina kembali keutuhan parti yang mengakibatkan parti itu tersungkur 
pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas.
 
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia diseru untuk menolak politik kebencian dan fitnah serta mencari permulaan baharu ke arah negara yang lebih baik dan aman pasca COVID-19, menurut Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
 
Beliau dalam kenyataan hari ini berkata Melayu Bumiputera harus bersatu dalam menghadapi dunia politik yang semakin mencabar menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 dan UMNO perlu memperkukuh parti agar tidak berlaku perpecahan.
 
"Saya amat yakin dengan segala sejarah dan peristiwa lepas yang telah menjerumuskan kita dalam rekah kebinasaan sebuah negara majmuk seketika itu menjadikan kita lebih matang dan rasional dalam menentukan hala tuju negara demi masa depan generasi akan datang," katanya dalam kenyataan.
 
Ismail Sabri turut mengingatkan parti itu untuk belajar daripada kesilapan dan membina kembali keutuhan parti yang mengakibatkan parti itu tersungkur pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas.
 
Sementara itu, beliau berkata negara ini terbukti ditadbir dengan baik dan sikap saling hormat menghormati antara kaum sentiasa dipelihara dalam semua aspek sepanjang pentadbiran BN dan UMNO.
 
"Bukan hanya bangsa Melayu dan Bumiputera terjamin tetapi kaum-kaum lain turut bebas mengamalkan budaya serta kepercayaan masing-masing, malah dirai bersama dalam kemajmukan Malaysia," katanya.-- BERNAMA

Tiada ulasan: