HALAMAN SANTAI

Jumaat, 26 Februari 2021

Julang komunis sebagai pejuang, Pemuda UMNO desak tarik balik buku Sejarah Tingkatan 4

Fakta-Sejarah

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO Malaysia mendesak Kementerian Pendidikan segera menarik balik buku-buku sejarah Tingkatan 4 dan memperbetulkan kembali fakta-fakta yang cuba dimanipulasi bagi merubah sejarah negara.

Ketuanya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya memandang serius unsur-unsur fakta yang dimanipulasikan dengan mengagung-agungkan pihak komunis sebagai pejuang kemerdekaan dalam silibus dan sukatan buku teks sejarah tingkatan 4 KSSM.

Perkara ini, katanya, semacam satu usaha terancang dan sengaja dilakukan ketika 22 bulan Pakatan Harapan memerintah bagi menanamkan benih ideologi ‘Malaysian Malaysia’ dan secara halus menyuci pemikiran pelajar bahawa fahaman sosialis dan komunis tidaklah buruk malah diangkat sebagai antara ideologi yang memperjuangkan kemerdekaan.

”Lebih mendukacitakan lagi apabila terdapat juga elemen memfitnah dan menohmah orang Melayu sebagai barua atau orang suruhan pihak penjajah Jepun untuk menentang komunis dan Tentera Anti-Jepun Penduduk Tanah Melayu (MPAJA) – (Rujuk muka surat 75 Buku Teks Sejarah Tingkatan 4).

”Secara halus dan tersirat, Kerajaan Pakatan Harapan terdahulu telah mengangkat dan menjulang anggota Komunis dan MPAJA sebagai perwira dan pejuang kemerdekaan yang wajar diberikan pengiktirafan,” tegas beliau. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: