HALAMAN SANTAI

Ahad, 28 Februari 2021

ADUN Sebatik Keluar Parti Bukti Warisan Gagal… Pilihkan Yang Berjuang Demi Rakyat – Dr Patawari

UMNO ONLINE


KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Datuk Dr Patawari Patawe tidak hairan malah sudah menjangka bahawa Hassan A Gani Pg Amir akan keluar parti Warisan dan menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Ulasnya, ia adalah satu tamparan yang hebat dan juga satu kehilangan yang sangat besar bagi Warisan yang tentunya akan tempang.

“Saya sudah menjangkakan bahawa Hassan dan juga ADUN Warisan yang lain akan keluar dari parti. Dalam perjuangan sebagai wakil rakyat, tugas dan tanggungjawab adalah untuk menjaga rakyat. Kalau kita tidak ada kemampuan menjaga rakyat bermakna ia sukar hendak membuat kerja.

“Pimpinan Warisan tidak mempedulikan ADUN-ADUN mereka dan tidak diberikan taklimat, tiada maklumat dan tiada hala tuju. Seolah-olah mereka (ADUN) ini ‘lost in the world’… apa lagi ahli-ahlinya sudah tentu tidak ditaklimatkan.

“Kalau mereka ini tidak ditaklimatkan sebagai ADUN dan tidak diberitahu hala tuju parti ke mana, macam mana perancangan parti? Apa yang mereka hendak buat? Macam mana hendak menyelesaikan permasalahan rakyat? Mereka tidak diberitahu dan sudah tentu akan mencari ruang-ruang yang lain,’” beliau berkata demikian kepada UMNO Online. 

Tambah Dr Patawari lagi, baru-baru ini Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri (BPUN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin telah menyatakan bahawa UMNO bersifat terbuka luas untuk bekas ADUN Warisan ini menyertai UMNO mengikut tatacara UMNO.

“Mudah-mudahan Hassan ini berkhidmat dulu sebagai Adun bebas, berfikir luas-luas tentang kemungkinan-kemungkinan perkhidmatan dan bukalah hatinya kepada UMNO supaya beliau boleh menjadi ADUN yang mewakili UMNO untuk parti.

“Jadi kita berharap kalau ada yang hendak keluar dari Warisan… lihatlah UMNO. Utamakan UMNO kerana UMNO ini sememangnya perjuangannya adalah jelas untuk bangsa, agama dan negara.”

Dalam pada itu, Dr Patawari menempelak Presiden Warisan yang bercita-cita besar hendak bertanding di Semenanjung tetapi di tempat sendiri terabai.

“Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Afdal ini mempunyai ’nafsu yang besar’ dan ingin bertanding di Semenanjung sama ada sebagai Warisan atau tidak. Kononnya mendapat sokongan dari Semenanjung. Kalau ADUN di Sabah pun lari… apa lagi orang Semenanjung nak ikut dia, walaupun baru satu ADUN keluar tetapi sudah kacau-bilau,” tegasnya lagi. – UMNO Online

Tiada ulasan: