Eleanor Michelle Patrick
Menurut
Darell, pengalaman menjadi kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri
Sabah kira-kira dua tahun lalu telah mematangkan mereka. - Gambar
fail/SHAHIR
OMAR
KOTA KINABALU:
Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Darell Leiking
mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sebatik, Hassan A Gani Pg
Amir sudah keluar daripada parti itu.
Menerusi
status dimuat naik di Facebook beliau pada Khamis, beliau berkata
insiden keluar parti itu membuatkannya mengimbau kembali perbincangannya
bersama rakan seperjuangan sebelum ini.
“Kami
dan beberapa rakan lain telah terpilih untuk berkhidmat selama lima
tahun untuk penggal (2013-2018) sebagai wakil pembangkang.
“Kami
berhadapan dengan pelbagai cabaran namun kami tidak pernah goyah untuk
beralih kepada kerajaan memerintah meskipun serba kekurangan.
“Semua
tuntutan, semua sindiran, serangan peribadi dan juga tawaran menarik
berbentuk fiskal (tidak dipedulikan),” katanya menerusi status tersebut.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Penampang dan ADUN Moyog berkata, cabaran mendatang akan dihadapi secara efisien.
Darell
menambah, pengalaman menjadi kerajaan di peringkat Persekutuan dan
negeri Sabah kira-kira dua tahun lalu telah mematangkan mereka.
“Dalam
tempoh tersebut, kami telah kehilangan rakan atas alasan politik,
mereka bukan sahaja bertindak keluar parti malah menghentam kami dalam
proses tersebut.
“Kita percaya, ia adalah cara segelintir orang tetapi malangnya ada yang menjadikannya sebagai amalan biasa.
“Bagaimanapun,
kita diajar untuk memaafkan dan tidak lupa cara mereka, tujuan mereka
meninggalkan tanggungjawab mereka dengan mudah, tidak tahan atau tidak
boleh tahan menjadi wakil pembangkang," katanya.
Adun
Sebatik dari Warisan pada Khamis mengumumkan keluar parti atas alasan
Warisan masih mengutamakan politik berbanding kesejahteraan rakyat.
Katanya
beliau kini seorang Adun Bebas yang menyokong Kerajaan Negeri Sabah di
bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta kepimpinan Perdana Menteri Tan
Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan