HALAMAN SANTAI

Sabtu, 27 Februari 2021

Kenakan kompaun pada kadar munasabah - ARMADA

KUALA LUMPUR: Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) menggesa pihak berkuasa mengenakan kompaun pada kadar munasabah mengikut kesesuaian tempat dan keadaan, selaras dengan niat serta matlamat untuk memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi tujuan mengawal penularan wabak COVID-19.

Pengerusi Biro Undang-Undang ARMADA Bersatu Malaysia, Mohamad Siddiq Azani, berkata menerusi pindaan ini, tiada kadar tetap denda yang dikenakan namun ia tidak boleh melebihi RM10,000.

"Oleh itu, orang ramai yang dikenakan kompaun oleh pihak berkuasa diingatkan untuk membuat rayuan di mahkamah sekiranya tidak mampu untuk membuat pembayaran kompaun terbabit.

"Sebagai contoh, sekiranya seseorang dikompaun sebanyak RM1,000, beliau masih boleh membuat rayuan di mahkamah dan mahkamah, atas budi bicara boleh memberi pengurangan denda terbabit bergantung kepada keadaan khas dan berdasarkan kepada fakta kes," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, ARMADA berharap pihak berkuasa dapat menggunakan budi bicara sebelum mengenakan kompaun kepada orang awam bersesuaian dengan keadaan dan lokasi.

"Orang ramai yang memerlukan nasihat lanjut boleh menghubungi Biro Undang-Undang ARMADA Bersatu menerusi Facebook Armada Bersatu Malaysia," katanya.

Tiada ulasan: