HALAMAN SANTAI

Khamis, 25 Februari 2021

Bila ‘katak’ mula terdesak

 Wartawan MalaysiaGazette

151633896_10159326978090097_6069746707468735392_n
Foto Facebook Najmil Faiz.

KUALA LUMPUR – Tindakan pemimpin dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang resah dengan kemampuan UMNO hingga mahu mahu mencampuri parti itu menimbulkan rasa pelik dan kelakar.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata,  ketika ini PN yang berkuasa namun ada pemimpin lain dalam kerajaan yang menyifatkan zaman UMNO sudah tamat.

Sepatutnya, jelas beliau pemimpin dalam PN menjaga urusan parti masing-masing daripada sibuk menjaga tepi kain parti lain.

“Pepatah Melayu ada menyebut katak bila musim kemarau akan resah sebab tiada air. Dalam politik, ada juga “katak” yang akan resah kerana tiada kerusi untuk bertanding.

“’Katak’ ini sudahlah melompat dan meninggalkan rumah asalnya untuk kepentingan sendiri dan kini mendesak kita untuk ikut kepentingan mereka.

“Zaman PN inikan zaman kamu. Pergilah bertanding di kerusi PH (42 DAP, 38 PKR, 11 AMANAH). Buat apa nak takut dengan mereka. Dulukan kawan baik.

“Sampai ada yang cakap zaman UMNO telah tamat. Ada juga yang mendesak UMNO mendedahkan mesyuarat MKT kerana mereka resah.

“Kalau zaman UMNO sudah tamat, tamatlah riwayat kerajaan PN. Hati-hati kepimpinan UMNO, dulu mereka mengkhianati PH. Jangan sampai pisang berbuah dua kali.

“Jagalah rumah masing-masing. Tak perlu sibuk urusan parti lain,” tulis di hantaran Facebook di sini hari ini.

Tiada ulasan: