HALAMAN SANTAI

Ahad, 28 Februari 2021

Tun Faisal kesal Lembaga Disiplin UMNO tolak tiga permintaannya

Mohd Zaini Samsu Hadi
Tun Faisal Ismail Aziz
Tun Faisal Ismail Aziz

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, melahirkan rasa kesal terhadap Lembaga Disiplin UMNO kerana menolak tiga permintaannya sebelum dihadapkan ke tribunal berkenaan, pada 1 Mac ini.

Beliau yang juga Setiausaha Akhbar kepada Menteri Wilayah Persekutuan berkata, penolakan itu disifatkan sebagai “missed opportunity” untuk menunjukkan lembaga disiplin parti itu telus, benar-benar terbuka dan mahu mencari kebenaran.

Katanya, tiga permintaan itu dibuatnya selepas Sekretariat Lembaga Disiplin UMNO menghubungi beliau dan memaklumkan mereka mahu memberi ruang seluas-luas kepadanya untuk membela diri.

“Saya tidak tahu apa sebenarnya yang menjadi kebimbangan dan ketakutan kepada pihak Lembaga Disiplin UMNO apabila tidak menunaikan permintaan saya.

“Bukankah jika ketiga-tiga permintaan ini dipenuhi, tanggapan terhadap Lembaga Disiplin UMNO akan menjadi lebih positif? Tidakkah Lembaga Disiplin UMNO dan UMNO sendiri akan dilihat amat komited untuk berlaku adil dan bersikap telus?

“Apapun saya telah membuat permohonan sekali lagi kepada Tan Sri Zul Hasnan Rafique (Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO) dan menyatakan justifikasi terhadap permintaan saya ini. Di bawah adalah permohonan kali kedua saya kepada Zul Hasnan untuk mempertimbangkan sekali lagi permohonan saya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Tun Faisal memohon Lembaga Disiplin UMNO menunaikan tiga permintaannya sebelum beliau dihadapkan ke tribunal berkenaan, pada 1 Mac ini.

Permintaan pertama Tun Faisal adalah supaya Zulhasnan mendedahkan nama anggota tribunal termasuk pengerusi dan anggota yang bakal mengadili kes beliau nanti.

“Permintaan kedua adalah supaya Zulhasnan mendedahkan nama pengadu atau nama UMNO Bahagian yang membuat aduan terhadap saya dan apakah butiran aduan asal dan peraturan-peratuan yang didakwa telah dilanggar oleh saya.

“Ketiga, Lembaga Disiplin UMNO membenarkan saya membawa dua pengamal undang-undang untuk hadir bersamanya sebagai pemerhati dan pihak yang boleh menasihati pada hari berkenaan,” ujarnya

Mengulas lanjut, Tun Faisal berkata, sekiranya ketiga-tiga permintaan tersebut dipenuhi sudah tentu tanggapan terhadap lembaga disiplin parti itu akan menjadi lebih positif.

“Tidakkah Lembaga Disiplin Umno dan parti itu sendiri akan dilihat amat komited untuk berlaku adil dan bersikap telus?

“Apapun saya telah membuat permohonan sekali lagi kepada Zul Hasnan.

“Semoga Zul Hasnan boleh mempertimbangkan semula permintaan saya agar ahli dan rakyat merasa yakin dengan ketelusan dan keadilan Lembaga Disiplin,” tambah beliau. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: