KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO kecewa dengan alasan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berlaku ‘masalah teknikal’ pada sistem i-Sinar semalam, menyebabkan proses permohonan pengeluaran wang akaun 1 tergendala.
Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ‘masalah teknikal’ yang berlaku itu jelas mengecewakan ramai pemohon yang merasakan mereka dipermainkan.
Beliau berkata, sejak dari awal lagi pelbagai usaha telah dilakukan pihaknya untuk meyakinkan kerajaan dan KWSP agar permudahkan urusan rakyat yang hendak mengeluarkan wang simpanan mereka.
“Kita sendiri telah menghantar memorandum, bersemuka dengan Menteri Kewangan, Menteri Ekonomi, Menteri Kanan, membuat pelbagai desakan melalui media, bahkan berbincang dengan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) supaya diangkat dalam perbahasan di Parlimen.
“Namun, apa yang berlaku kelmarin dan hari ini khususnya ‘masalah
teknikal’ sistem KWSP mengecewakan kita dan ramai pemohon yang merasakan
mereka dipermainkan,” katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan