HALAMAN SANTAI

Sabtu, 13 Februari 2021

Salahuddin patut bongkar tawaran kartel semasa jadi menteri

MGF25082019_IKATAN_01
Shahir Adnan

KUALA LUMPUR – Pendedahan Datuk Seri Salahuddin Ayub yang mendakwa pernah menerima tawaran percutian mewah ke Eropah daripada syarikat pengimport daging sudah agak terlewat.

Ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM, Shahir Adnan berkata, kalau boleh diundurkan masa, alangkah baik kiranya isu ini dibongkarkan semasa bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu menerima tawaran daripada pihak kartel.

Ini kerana, ia adalah isu besar yang membabitkan umat Islam di Malaysia.

Ironinya sekarang, isu daging import ini dipolitikkan pula oleh Salahuddin dengan menunding jari kepada Kerajaan Perikatan Nasional untuk tindakan lanjut.

”Sekiranya pendedahan bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, bahawa beliau pernah menerima tawaran percutian mewah daripada syarikat pengimport daging ketika menjadi menteri itu benar-benar berlaku, sewajarnya beliau tidak teragak-agak membuat aduan kepada SPRM ketika menjawat jawatan menteri di dalam kerajaan Pakatan Harapan,” katanya di sini. MalaysiaGazette

Tiada ulasan: