Sinar Harian
Annuar
yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, kenyataan media terbaru
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merupakan bukti
bahawa
UMNO kini dikuasai Pakatan Harapan (PH).
- Gambar fail
SHAH ALAM:
Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa
mendakwa UMNO kini seperti sudah berada di bawah pengaruh Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Annuar
yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, kenyataan media terbaharu
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merupakan bukti bahawa
UMNO kini dikuasai Pakatan Harapan (PH).
"Selepas
tersebar surat sokongan dan ikrar setia Presiden UMNO kepada Anwar yang
disembah kepada Yang di-Pertuan Agong, kenyataan media ini merupakan
satu lagi bukti pimpinan UMNO kini berada di bawah pengaruh Anwar
Ibrahim.
"Ini
jelas membelakangi dasar parti tidak menyokong Anwar dan DAP," kata
Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan di
laman Facebooknya pada Jumaat.
Pada
Khamis, Ahmad Zahid dalam satu kenyataan merayu Yang di-Pertuan Agong,
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan sidang
Parlimen diadakan segera.
Bagaimanapun MIC mendakwa kenyataan Ahmad Zahid itu kurang tepat.
Presiden
MIC, SA Vigneswaran sebaliknya berkata, mesyuarat BN pada Rabu
memutuskan untuk tidak membuat sebarang andaian dengan titah Yang
di-Pertuan Agong berhubung sidang Parlimen.
Mengulas
lanjut, Annuar berkata, kenyataan Ahmad Zahid agar sidang Parlimen
diadakan dibuat kira-
kira 24 jam selepas Dewan Tertinggi BN dalam
mesyuaratnya memutuskan sekali lagi bahawa BN mengekalkan dasar tidak
menyokong atau bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Menurut
Annuar, ini jelas menunjukkan semua keputusan UMNO tidak lagi dipatuhi
sebaliknya parti itu hanya mencuba untuk terus menjayakan agenda
peribadi.
“Ahli dan akar umbi
dipersendakan pemimpin. Hasrat ahli ingin melihat semangat kesatuan
parti-parti berteraskan perpaduan Melayu semakin kabur.
“Peranan
UMNO memperkasa muafakat bersama Pas semakin renggang sedikit demi
sedikit UMNO diheret ke arah Anwar dan DAP. Kita semakin jauh dari
aspirasi rakyat, terutama orang Melayu dan umat Islam,” katanya.
Pada masa sama, beliau turut mengulangi pendiriannya kepada keputusan parti untuk tidak menyokong Anwar dan tidak bersama DAP.
“Saya
masih utuh mendukung setiap ayat dalam piagam Muafakat Nasional dan
nota persefahaman UMNO dan Pas yang saya turut terlibat menggubal dan
membuat pengisytiharannya,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan