Fareez Azman
Exco
Pemuda UMNO Malaysia, Mustafa Shah Abdul Hamid berkata kerajaan
PN
jelasnya perlu belajar daripada apa yang berlaku sewaktu pentadbiran
kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan sebelum ini. - Gambar:
Astro AWANI
KUALA LUMPUR:
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu mengelak daripada terus
mengundang kemarahan rakyat meskipun telah genap setahun mentadbir
negara.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO
Malaysia, Mustafa Shah Abdul Hamid berpendapat, kerajaan PN perlu
belajar daripada apa yang berlaku sewaktu pentadbiran kerajaan Pakatan
Harapan (PH) selama 22 bulan sebelum ini.
"Kerajaan
PN sewajarnya belajar daripada apa yang berlaku sewaktu pentadbiran
Kerajaan PH yang hanya dalam tempoh 22 bulan sahaja mentadbir telah
mengundang kemarahan dan kebencian yang menebal di kalangan rakyat.
"Ini
kerana kegagalan Kerajaan PH memenuhi aspirasi rakyat terutamanya
menjamin kebajikan mereka dan kesejahteraan negara," katanya dalam
kenyataan media pada Jumaat.
Tambah
Mustafa, setelah setahun Kerajaan PN mentadbir negara, sekali lagi
aspirasi rakyat Malaysia gagal dipenuhi terutamanya berkaitan dengan
pengurusan krisis pandemik COVID-19 dan krisis ekonomi.
"Keputusan
Kerajaan yang kerap kali berubah berkaitan prosedur operasi standard
(SOP) pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan sahaja
mengakibatkan kekeliruan di kalangan rakyat malah ‘frontliners’ juga
turut terkesan.
"Begitu juga dengan
layanan dwi-standard yang membezakan anggota pentadbiran Kerajaan PN
yang seolah-olah kebal dan terkecuali daripada mengikut SOP juga turut
mengundang kemarahan rakyat," katanya lagi.
Tegas
Exco Pemuda UMNO Malaysia itu lagi, insiden terkini melibatkan Timbalan
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Santhara Kumar juga mengundang
kemarahan rakyat.
"Insiden terkini yang
melibatkan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, YB Datuk Seri Santhara
Kumar juga turut melonjakkan api kemarahan rakyat apabila beliau
dibenarkan bercuti selama 55 hari untuk keluar negara menziarahi ahli
keluarganya.
"Rakyat pula yang hanya ingin merentas daerah bagi menziarahi ibu bapa pula dikenakan sekatan malah ada juga yang telah didenda.
"Saya
memohon kepada kepimpinan Kerajaan PN terutamanya YAB Perdana Menteri,
Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memastikan pematuhan SOP ini turut
terpakai kepada semua pihak melainkan terdapat kes kecemasan ataupun
urusan yang mendesak," jelasnya lagi.
Sebaliknya,
katanya pemimpin kerajaan perlu menjadi 'role model' yang boleh
dicontohi rakyat dan bukannya menjadi penyebab kepada kemarahan rakyat,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan