Bernama
Natrah,
yang merupakan Ahli Parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR),
membuat laporan itu di SPRM Cawangan Segamat. - Gambar/ Facebook
JOHOR BAHRU:
Ahli Parlimen Sekijang Natrah Ismail hari ini membuat laporan kepada
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung cubaan pihak
tertentu untuk mendapatkan sokongannya terhadap Perdana Menteri Tan Sri
Muhyiddin Yassin.
Natrah, yang merupakan Ahli Parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), membuat laporan itu di SPRM Cawangan Segamat.
"Hari
ini saya membuat satu laporan kepada pihak SPRM berkenaan satu kejadian
percubaan mendapatkan sokongan saya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin,
dengan janji manfaat yang boleh saya peroleh dengan pemberian sokongan
tersebut.
"Kejadian
itu berlaku pada 3 Mac lepas dan melibatkan dua individu termasuk
seorang yang bergelar Datuk Seri," menurutnya dalam satu kenyataan.
Beliau
berkata laporan itu dibuat berdasarkan Seksyen 25 Akta SPRM 2009
berhubung kewajipan melaporkan tawaran suapan dan berharap SPRM akan
dapat menyiasat perkara tersebut dengan segera.
Semalam,
Natrah dinasihati untuk tampil membuat laporan kepada SPRM susulan
dakwaan ada individu cuba menyogok beliau supaya keluar daripada PKR.
SPRM memaklumkan Natrah perlu membuat aduan kepada SPRM jika menganggap perkara itu sebagai perlakuan rasuah.
Terdahulu,
tular di media sosial dakwaan bahawa ada dua individu bertemu dengan
Natrah dan cuba menyogok beliau supaya berpaling tadah daripada PKR
dengan nilai tawaran RM10 juta selain dijanjikan jawatan.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan