Bernama
Ahli Parlimen Marang itu berkata di pihaknya sendiri beliau mengakui sukar
bagi PN membersihkan 'peninggalan' PH. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Setelah setahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN), Presiden
PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin rakyat boleh menilai kerajaan yang
mana mempunyai prestasi pemerintahan lebih baik.
Beliau
percaya rakyat sendiri mengetahui rekod PN selama ini, dan juga Pakatan
Harapan (PH) sepanjang hampir dua tahun gabungan tersebut memimpin
Kerajaan Persekutuan sebelum ini.
"Bandingkanlah
pencapaian dan kejayaan yang dicapai PN selepas genap setahun memimpin
sebuah kerajaan dalam suasana wabak (COVID-19) pada hari ini," kata
beliau dalam catatannya di Facebook rasminya, hari ini.
Ahli
Parlimen Marang itu berkata di pihaknya sendiri beliau mengakui sukar
bagi PN membersihkan 'peninggalan' PH yang menurutnya membuat pelbagai
kecamuk sewaktu era pemerintahan mereka.
"Bak kata orang-orang tua, hendak membaiki itu lebih susah daripada hendak merosakkan," katanya.
Malangnya,
Abdul Hadi berkata masih terdapat pihak yang terpengaruh dengan sembang
kosong PH yang kini sedang 'melompat-lompat' ingin mengambil alih
semula kerajaan.
Beliau sekali lagi
menegaskan perubahan kerajaan PH kepada kerajaan PN dilakukan secara
bersih, demokratik dan mengikut proses Perlembagaan Persekutuan dengan
langkah paling tepat, "tanpa menebuk atap dan masuk dari pintu
belakang".-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan