Ahmad Khairol Shafizan Johari
Asyraf berkata Parlimen harus dibenarkan bersidang dengan SOP ketat dalam
situasi COVID-19. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Kerajaan tidak seharusnya dilihat takut dan cuba untuk 'memandulkan'
institusi demokrasi dengan menafikan suara dan mandat rakyat kepada
wakil mereka di Parlimen, tegas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi
Dusuki.
Beliau berkata, ahli Parlimen
perlu dibenarkan berbahas, meluluskan rang undang-undang serta membawa
isu dan masalah rakyat di Parlimen.
Justeru
katanya, Pemuda UMNO memohon kerajaan mengkaji semula keputusan untuk
tidak mengadakan persidangan Parlimen serta menghormati titah nasihat
Yang di-Pertuan Agong untuk mengadakan sidang Parlimen dalam tempoh
darurat.
"Parlimen
harus dibenarkan bersidang dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat
dalam situasi COVID-19, bagi membolehkan keberkesanan mekanisme semak
dan imbang buat kerajaan seperti tuntutan dan amalan demokrasi.
"Sedangkan
pasar malam, pusat-pusat beli belah, kedai makan, restoran hatta
sekolah rendah dan menengah juga telah dibenarkan beroperasi dalam
tempoh darurat. Malah proses vaksinisasi juga sudah dimulakan terhadap
Ahli-Ahli Parlimen," tegasnya dalam satu kenyataan pada Rabu malam.
Beliau
berkata demikian mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkenaan
keputusan Jemaah Menteri yang bersetuju sidang Parlimen ditangguhkan
hingga 1 Ogos depan bagi membolehkan kerajaan memberi tumpuan sepenuhnya
kepada usaha melawan COVID-19.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan