HALAMAN SANTAI

Jumaat, 12 Mac 2021

'Kehebatan' Pas diukur melalui penyatuan UMNO-Bersatu

Nursyazwani Saiful Sham
'Kehebatan' Pas diukur melalui penyatuan UMNO-Bersatu
Pas harus memastikan ketiga-tiga parti ini dalam atu parti komponen untuk 
menentang Pakatan Harapan. - Gambar fail
 
KUALA LUMPUR : Pas kini memainkan peranan sebagai parti perantaraan antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk mencapai kata sepakat menjelang Pilihan Raua Umum ke-15 (PRU15) akan datang. 
 
Ini jelas Penganalisis Politik UTM, Dr Mazlan Ali, Pas harus memastikan ketiga-tiga parti ini dalam atu parti komponen untuk menentang Pakatan Harapan. 
 
"Saya melihat usaha untuk berbincang dan berunding ketika ini sedang dilakukan di atas inisiatif Pas sebagai orang tengah antara Bersatu dan UMNO.
 
"Saya juga melihat situasi PRU15 ini nanti akan ditentukan oleh sejauh mana Pas memainkan peranan sebagai penyatu UMNO dan Bersatu.
 
"Ia juga bagi memastikan ketiga-tiga parti itu dalam satu parti komponen untuk berdepan dengan PH pada PRU akan datang dan hanya menyaksikan perlawanan antara dua penjuru," katanya kepada Astro AWANI pada Khamis. 
 
Dalam pada itu, Dr Mazlan turut menjangkakan bahawa Pas akan berdepan cabaran berat untuk tangani isu kebersamaan antara UMNO dan Bersatu. 
 
Menurutnya, sekirnya kesepakatan itu dapat dicapai, UMNO terpaksa membahagikan kerusi yang ditandingi dengan Bersatu sekali gus bakal menyaksikan UMNO bukan parti Melayu dominan.

Semalam, UMNO dan Pas menyatakan pendirian untuk terus memperkukuhkan kerjasama menerusi Muafakat Nasional.
 
Pas dalam satu kenyataan berkata, mesyuarat bersetuju untuk terus memperkukuh Muafakat Nasional.

Tiada ulasan: