Harits Asyraf Hasnan
Individu yang dicalonkan UMNO tidak boleh hanya duduk di pejabat, memberi
arahan dan bersifat elitis. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR:
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menasihati UMNO
supaya meletakkan calon yang bebas dari kes mahkamah selain tidak
sombong untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO itu berkata individu itu mesti berupaya selain sentiasa dekat dengan rakyat.
"Saya
tak boleh nak cakap apa yang perlu diperbaiki. Saya nak dengar daripada
ahli-ahli UMNO apa yang perlu diperbaiki termasuk juga daripada
pandangan rakyat untuk mengundi, memilih pemimpin.
"Saya
dengar cakap-cakap katakan elok kita adakan barisan pimpinan untuk
ditawar berkhidmat bagi rakyat di kawasan masing-masing orang yang tidak
terlibat dengan kes mahkamah... orang itu mesti berkebolehan dan
berkemampuan," katanya ketika ditemu bual Malaysian Insight pada Rabu.
Beliau
berkata demikian ketika ditanya berkenaan perubahan yang perlu
dilakukan oleh UMNO bagi menawan semula Putrajaya pada PRU15 kelak.
Jelasnya, individu yang dicalonkan UMNO tidak boleh hanya duduk di pejabat, memberi arahan dan bersifat elitis.
Katanya, rakyat kini mahukan individu yang senang dihubungi, mudah membicarakan masalah-masalah rakyat yang berbangkit.
Mengenai masa depan UMNO, Razaleigh berkata, parti itu mampu bertahan selagi ia mendapat sokongan dan keyakinan rakyat.
“Walaupun
kita dalam pilihan raya 2018, titik hitam dalam sejarah parti kita.
Tetapi, nampak tak memberi kesan yang buruk sangat kepada kita, oleh
kerana orang di bawah masih kekal," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan