HALAMAN SANTAI

Selasa, 2 Mac 2021

Kenapa ada pihak mahu Parlimen bersidang ketika Darurat pandemik?

ISKANDAR FERNANDA
 

Saudara Pengarang,

Hari ini, genap setahun pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah kepemimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin .

Angka yang keluar terkini juga menunjukkan sokongan terhadap Perdana Menteri bertambah kepada 111 Ahli Parlimen, setelah mengambil kira 3 Ahli Parlimen daripada UMNO menarik sokongan mereka kepada Kerajaan PN . Dan 2 Ahli Parlimen dari PKR menjadi Ahli Parlimen bebas yang menyokong Kerajaan PN.

Menarik sokongan daripada Kerajaan PN, tidak bermakna menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Pakatan Harapan (PH), sebagai Perdana Menteri. Itu memerlukan satu lagi ‘test’ di Parlimen, bahawa beliau mempunyai jumlahyang cukup di Dewan Rakyat.

Pertanyaan juga perlu ditanya kepada Ahli-Ahli Parlimen dari Parti Pejuang, Warisan dan UPKO, sama ada mereka menyokong Anwar. Rasanya, Parti Pejuang (belum diluluskan oleh ROS), terutamanya Tun Mahathir Mohamad, tidak menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.

Ini bermakna, tiada seorang pun dari blok pembangkang mempunyai nombor Ahli Parlimen menyokong mereka, melebihi daripada Muhyiddin.

Benarlah seperti ucapan Muhyiddin hari ini bahawa beliau mempunyai sokongan daripada bilangan Ahli-Ahli Dewan Rakyat terbanyak pada ketika ini.

*Perlukah Dewan Rakyat bersidang ketika Darurat?

Ketika Darurat ini, selalu disebut-sebut oleh pemimpin politik bahawa Dewan Rakyat perlu bersidang, demi untuk memastikan check and balance ? Check & Balance boleh dilakukan oleh pihak Judicary (Kehakiman).

Kerja-kerja Legislature atau mengubal undang-undang dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong dengan meluluskan Ordinan-Ordinan Khas sepanjang Darurat ini berjalan. Selepas Darurat tamat, Ordinan-Ordinan yang diluluskan, akan dibawa ke Parlimen untuk di bentangkan.

Oleh yang demikian, tidak ada keperluan terdesak sebenarnya untuk Dewan Rakyat (Parlimen) bersidang ketika Darurat ini, kecualilah ada dalam kalangan Ahli-Ahli Parlimen mahu mengemukakan Usul Undi Tidak Percaya, kepada Kerajaan PN ini.

Sekiranya ini berlaku, maka Perdana Menteri meminta Dewan Rakyat dibubarkan untuk memberi laluan kepada PRU-15.

Persoalannya, mahukah Yang di-Pertuan Agong mengadakan PRU-15 ketika urusan vaksin dan angka Covid masih tinggi ? PRU ke 15 lebih utama ? Atau nyawa rakyat lebih diberikan keutamaan ?

*Legitimacy

Legitimacy is commonly defined in political science as the belief that a Rule, Institution or Leader has the right to govern.

Memandangkan, Perdana Menteri mempunyai sokongan terbanyak ketika ini di Parlimen iaitu di Dewan Rakyat dan Dewan Negara, maka Perdana Menteri mempunyai Legitimacy to govern this country – mempunyai ‘kesahan’ untuk memerintah negara sehingga Parlimen dibubarkan. UtusanTV

Tiada ulasan: