Sinar Harian

Muhammad
Fathi ketika menjadi panelis Wacana Sinar Harian bertajuk 'Sidang
Parlimen Ketika Darurat: Demi Politik Atau Rakyat' yang disiarkan
menerusi
dalam talian pada Selasa. FOTO SINAR HARIAN
SHAH ALAM: Kerajaan perlu mempunyai keberanian untuk mengadakan sidang Parlimen walaupun negara sedang berada dalam keadaan darurat.
Pakar
Perlembagaan, Dr Muhammad Fathi Yusof berkata, Perdana Menteri dan
Kabinet juga perlu bersedia berhadapan dengan pelbagai situasi dan
kemungkinan jika Parlimen bersidang semula.
“Kita
boleh faham kedudukan UMNO yang seorang Perdana Menteri dulunya
Timbalan Presiden UMNO keluar parti menubuhkan parti lain dan sekarang
ini terpaksa bersama dengan dia.
“Kita
juga boleh faham kerjasama yang wujud itu dalam keadaan sebahagian
daripada ahli Parlimen UMNO lompat ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(Bersatu).
“Kita tahu perasaan yang
timbul di kalangan ahli dan pemimpin UMNO mengenai perkara itu yang
menyebabkan kerajaan yang ada sekarang ini perlu berani,” katanya ketika
menjadi panelis Wacana Sinar Harian Siri ke-235 bertajuk ‘Sidang
Parlimen Ketika Darurat: Demi Politik Atau Rakyat’ yang disiarkan
menerusi dalam talian pada Selasa.
Wacana
itu turut menampilkan dua lagi panelis iaitu Ahli Parlimen Jelutong,
RSN Rayer dan Ahli Parlimen Tanjung Karang Tan Sri Noh Omar manakala
Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.
Menurut
Muhammad Fathi, beliau tidak menolak kemungkinan berlaku pergolakan
politik jika persidangan itu dilaksanakan, namun percaya ia memberi
ruang kepada proses demokrasi di negara ini.
Sekiranya
berlaku sebarang perkara dalam tempoh tersebut, beliau percaya Yang
di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
mempunyai kebijaksanaan untuk mengambil langkah bagi mencari jalan
penyelesaian.
“Sama ada mungkin jika kita
perhatikan dalam Ordinan Darurat, jika Parlimen terpaksa dibubarkan
atau Perdana Menteri hilang kepercayaan, ada solusi yang saya percaya
boleh ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk mencari penyelesaian,”
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan