Eleanor Michelle Patrick

Speaker DUN memutuskan Hassan A Gani kekal sebagai wakil rakyat dan bebas
menyokong kerajaan GRS. - Gambar fail/ Bernama
KOTA KINABALU:
Parti Warisan Sabah (Warisan) akan mengambil tindakan undang-undang
untuk mendesak Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) menerima 'surat
peletakan jawatan' Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sebatik, Hassan A
Gani Pg Amir.
Setiausaha Agung Warisan,
Datuk Loretto Padua mendakwa, peguam Warisan mempunyai dokumen yang
jelas menunjukkan bahawa Hassan A Gani bersetuju untuk meletak jawatan
jika meninggalkan parti.
"Dalam
surat bertarikh 10 September 2020 yang ditujukan kepada peguamnya,
Hassan menyuruh mereka untuk menulis tarikh dan menghantar surat
peletakan jawatannya kepada Speaker DUN dan Yang di-Pertua Negeri,
sekiranya beliau, antara lain, menyatakan dirinya sebagai Bebas sebelum
atau selepas mengangkat sumpah sebagai Adun.
"Para
peguam telah melaksanakan arahan tersebut susulan pengumuman beliau
sebagai Adun bebas pada 25 Februari lalu dan surat peletakan jawatannya
yang bertarikh 26 Februari 2021 telah diserahkan kepada Speaker Datuk
Kadzim M Yahya, kelmarin," katanya.
Hari
ini, Kadzim dilaporkan berkata, Hassan A Gani kekal sebagai wakil
rakyat dan bebas menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerana
mengikut undang-undang, apa-apa peletakan jawatan yang ditandatangani
lebih awal dan tidak bertarikh adalah terbatal.
Sebelum
ini, selain 'surat peletakan jawatan' itu, Warisan turut mendedahkan
rakaman video yang menunjukkan Hassan A Gani berikrar untuk setia kepada
Warisan, dengan menyatakan bahawa beliau akan kekal bersama parti itu
sehingga tamat penggal.
Parti itu
mendakwa, rakaman video berkenaan dibuat tahun lalu, ketika beliau
dinamakan sebagai calon Warisan di Sebatik bagi Pilihan Raya Negeri
Sabah 2020.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan