Firdaus Azil
Datuk
Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha untuk menjatuhkan UMNO
secara
keseluruhan telah bermula sejak dua tahun lepas, namun, masih tidak
berjaya. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengakui, usaha untuk
memulihkan semula parti itu selepas mengalami kekalahan pada Pilihan
Raya Umum ke-14 (PRU14), bukan satu kerja yang mudah.
Dalam
catatan terbaharu di Facebooknya, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu
berkata, parti yang beliau terajui sejak 2018 itu, diserang dari kesemua
arah, termasuk musuh yang nyata dan tidak nyata.
Bagaimanapun, jelas beliau lagi, usaha untuk menjatuhkan UMNO secara keseluruhan sejak dua tahun lalu, masih tidak berjaya.
“Usaha
itu tidak pernah berjaya kerana kedegilan pemimpin dan ahlinya. Untuk
itu, UMNO mahu dalam kawalan mereka (musuh politik) pula selepas
riwayatnya tidak mampu ditamatkan. Menggunakan
roker bertaraf jurucakap
dan 'claim' merekalah penyatuan ummah.
"Ironinya
dasar penyatuan ummah perlu berlandaskan kepada kejujuran dan
keikhlasan. Bukan untuk menguasai supaya terus berkuasa. Bukan juga
untuk kepentingan si polan dan si polan
. Andai berjaya, jenama UMNO
boleh dipergunakan. Jutaan ahli UMNO boleh 'diremote' dan dikudakan,” katanya lagi.
Hubungan
UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjadi tumpuan media
sejak beberapa hari lepas apabila kedua-dua parti Melayu itu telah
membuat keputusan untuk menghentikan kerjasama politik sewaktu PRU akan
datang.
Sebelum itu, hubungan kedua-dua
parti berkenaan juga sudah tidak begitu mesra, rentetan episod perubahan
kepimpinan di peringkat negeri-negeri serta sewaktu sesi perbahasan
Belanjawan 2021 di
Dewan Rakyat, tahun lepas.
Ia
juga diburukkan lagi dengan dakwaan bagaimana Bersatu dikatakan cuba
memancing sokongan lebih ramai Ahli Parlimen dari parti lain, bagi
membolehkan parti pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu
mempunyai bilangan yang mencukupi untuk menghadapi sebarang kemungkinan
di Dewan Rakyat.
Bagaimanapun, Pas
selaku komponen Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional masih berharap
agar UMNO dan Bersatu itu dapat meneruskan hubungan strategik demi
kestabilan politik negara.
Mengulas
lanjut, Ahmad Zahid berkata, UMNO mengambil pendekatan untuk memastikan
kedudukan ‘musuh’ politiknya tidak begitu selesa dan terjamin.
“Adakah harus kita menyerah? Adakah perlu pasrah dan relakan sahaja cubaan 'acquisition'
ini? Sedangkan UMNO parti milik rakyat, milik lebih tiga juta ahli dan
jutaan penyokongnya. UMNO juga yang memayungi kaum-kaum lain secara adil
sejak merdeka. Buktinya lihatlah sekeliling.
“Kerana
enggan menggadaikan UMNO, pemimpinnya dipropagandakan mahu
menyelamatkan diri daripada pendakwaan mahkamah. Sedangkan pemimpin UMNO
'kluster mahkamah' inilah yang berani dan setia memperjuangkan UMNO
walau apa menimpa mereka,” katanya lagi.
Dalam
pada itu, Ahmad Zahid turut memberi pandangan bagaimana beberapa
pemimpin politik yang turut menghadapi kes mahkamah, akhirnya mengambil
pendekatan mudah dengan cara melompat parti.
“Jika mahu lihat bagaimana kaedah menyelamatkan diri, boleh lihat katak yang kini selesa 'di seberang jalan'.
“Boleh juga lihat kepada burung belatuk yang sedang kekenyangan dapat dedak 'di belakang rumah,” katanya dalam nada menyindir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan