HALAMAN SANTAI

Sabtu, 13 Mac 2021

Negara jenis apakah yang mahu kita bangunkan ini? – Anwar

MGF08032021_KEMPEN-COMMUNITY-ALERT-2
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Pernahkah kerajaan ini fikirkan apakah rakyat mampu untuk membayar denda sejumlah RM10,000 sekiranya RM1,000 itu pun mereka tidak mampu?

Itu persoalan dibangkitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung keputusan kerajaan untuk menaikkan kadar denda dari RM1,000 ke RM10,000 kepada mereka yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) terkait Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Bagaimana mungkin kita benarkan rakyat Malaysia yang miskin yang sudah pun dibebankan dengan kepayahan yang dahsyat, dikurung di penjara kerana tidak mampu membayar denda?

“Negara jenis apakah yang mahu kita bangunkan ini?
Apakah kerajaan ini bersedia untuk mendengar rintihan rakyat, atau apakah ia akan terus untuk tidak mempedulikannya sambil terus menyalahgunakan Pengisytiharan Darurat? ” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Anwar, apa yang berlaku secara tidak langsung menampakkan wujudnya hukuman pilih kasih di mana terdapat segelintir orang-orang besar, ahli politik serta pegawai kerajaan yang secara terang-terangan melanggar SOP PKP tanpa sebarang tindakan lanjut atau denda.

Ini juga bukti nyata kerajaan mengamalkan sikap antara dua darjat dalam menguatkuasakan peraturan tatkala rakyat terus dimangsakan secara berterusan, katanya yang juga Presiden PKR itu.

“Kerajaan harus lebih peka dengan nasib dan kepayahan yang ditanggung rakyat saat ini. Ramai yang telah kehilangan pekerajaan dan hilang punca pendapatan.

“Kadar denda yang tidak munasabah itu menyerlahkan kecenderungan yang autokratik kerajaan Perikatan Nasional (PN) sejak merampas kuasa tahun lalu melalui rencana yang jelek dan hina,” katanya.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: