Bernama
Husam mengulas spekulasi beliau akan bertanding di Parlimen Gombak
di bawah tiket PKR bagi menentang Azmin Ali. - Gambar fail
KOTA BHARU:
Bekas Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Datuk Husam Musa
menyerahkan keputusan kepada pucuk pimpinan parti itu, sama ada beliau
akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Husam
yang juga Ketua Amanah Kota Bharu itu, berkata beliau mengikut arahan
yang ditetapkan pucuk pimpinan sekiranya parti berasakan calon muda
serta 'kuat' lebih sesuai untuk bertanding PRU15 berbanding beliau.
"Sekiranya
betul apa yang dispekulasikan, kita tengoklah macam mana...saya ini
hanya ikut perintah sahaja. Kalau ada individu yang lebih muda dan kuat
daripada saya...saya tak bertanding pun tak apa," katanya ketika ditemui
pemberita selepas menyerahkan sumbangan kepada 25 pemandu teksi yang
terjejas akibat pandemik COVID-19 di sini, hari ini.
Husam
mengulas spekulasi di media sosial yang tular baru-baru ini, mendakwa
beliau akan bertanding di kawasan Parlimen Gombak di bawah tiket PKR
bagi menentang bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
yang kini ahli Bersatu.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan