KUALA LUMPUR – Pas mahu UMNO membuktikan parti itu rakan yang setia dalam kerajaan Perikatan Nasional.
”Kita telah tekad untuk membina penyatuan ummah, mari kita buktikan. Pemimpinlah yang menggerakkan rakyat agar bersatu, bukan rakyat menyuruh pemimpin bersatu. Apakah ini sebahagian daripada norma baru?,” kata Timbalan Presiden Pas, DatukTuan Ibrahim Tuan Man.
Menurutnya, kalau kenyataan rasmi menyatakan sokongan kepada kerajaan PN sehingga Parlimen dibubarkan, maka semua kenyataan lain mestilah selaras dengan pendirian kerajaan.
Tambah beliau, semua parti komponen yang membentuk kerajaan PN wajar memberi fokus bagi membantu rakyat dalam situasi yang penuh mencabar ini.
”Buktikan setiakawan dengan menjadi kawan yang setia. Kita telah tekad untuk membina penyatuan ummah, mari kita buktikan,” ujarnya. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan