Fauzi Suhaimi
Bung
Moktar berkata, UMNO Sabah tetap akan bekerjasama dengan Bersatu
menerusi GRS yang ditubuhkan sebelum ini. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR:
Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengakui
wujud rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin parti Gabungan
Rakyat Sabah (GRS).
Beliau yang juga
Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, perkara itu benar-benar wujud,
namun ia tidak bermakna perlu menghancurkan perjuangan yang dibawa
kesemua parti dalam gabungan tersebut.
"Memang
ada timbul isu tidak puas hati seperti UMNO tidak puas hati, Parti
Solidariti Tanah Airku (STAR) tidak puas hati dan Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (Bersatu) juga sama tidak puas hati kerana (mendakwa) UMNO
memperolehi banyak jawatan, sedangkan tidak.
"Jadi,
susah untuk (kita) puaskan hati semua orang (pemimpin dalam GRS) namun,
ini tidak bermakna rasa tidak puas hati itu perlu menghancurkan
perjuangan dan yang penting semua pemimpin GRS perlu ada keikhlasan dan
pertahankan apa yang kita ada ketika ini," katanya kepada Astro AWANI di sini, pada Jumaat.
Sebelum
ini tular spekulasi mengenai keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi
(MKT) UMNO di Janda Baik, Pahang untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu
pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Mengulas lanjut, Bung Moktar berkata, UMNO Sabah tetap akan bekerjasama dengan Bersatu menerusi GRS yang ditubuhkan sebelum ini.
"Di Sabah, UMNO ada kuasa autonomi, jadi kami tenang dulu daa tetap (jalinkan kerjasama dengan Bersatu).
"Setakat
ini, kami tiada isu dan tiada masalah. Kami tetap akan jalin kerjasama
(dengan Bersatu dan parti-parti dalam GRS)," katanya.
Sebelum
ini Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim
turut menegaskan pihaknya tetap meneruskan kerjasama dengan Bersatu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan