Afiezy Azaman
XAVIER:
Rakyat mahu kestabilan dan memulakan semula sektor ekonomi yang
sedang
sakit, jadi kita perlu bekerjasama dan bukan melawan antara satu sama
lain.
KUALA LUMPUR:
Datuk Dr Xavier Jayakumar hari ini mengumumkan peletakan jawatan
sebagai Naib Presiden dan ahli PKR, parti yang dianggotainya sejak 1998.
Menerusi satu kenyataan, beliau menyatakan rasa tersangat kecewa dengan beberapa perkara yang terjadi sejak tahun lepas.
"Ketika
ini, terdapat parti politik yang berbincang mengenai kemungkinan
pilihan raya umum sedangkan ia tidak perlu dan tidak boleh dilaksanakan
waktu ini.
"Keutamaan
kita sekarang sepatutnya ialah, menyokong kerajaan menangani pandemik
COVID-19, mencipta peluang pekerjaan dan mendapatkan dana bagi membina
semula ekonomi.
"Sekurang-kurangnya
perlukan masa 18 bulan untuk program vaksinasi selesai dan lebih dari
dua tahun untuk ekonomi pulih," katanya.
Bekas
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli itu juga berkata, semua usaha
kerajaan tersebut memerlukan sokongan bipartisan bagi memastikan ia
dapat dijayakan dengan baik.
"Rakyat mahu
kestabilan dan memulakan semula sektor ekonomi kita yang sedang sakit.
Jadi, kita perlu bekerjasama dan bukan melawan antara satu sama lain.
"Justeru itu, saya mengumumkan peletakan jawatan serta merta sebagai Naib Presiden dan Ahli PKR," katanya.
Pada
masa sama, Xavier berkata, beliau akan terus berkhidmat sebagai Ahli
Parlimen kawasan Kuala Langat dan menyokong kerajaan sebagai Ahli
Parlimen bebas.
"Saya yakin saya akan dapat tunaikan janji saya kepada rakyat Kuala Langat," tambahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan