Muhafandi Muhamad
IBRAHIM:
Putra turut menawarkan calon golongan marhaen, tokoh agama
termasuk
lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di beberapa kerusi DUN.
- Gambar
fail
TUMPAT:
Sejumlah 12 orang tokoh akademik bergelar profesor, jurutera
aeroangkasa serta jurutera awam adalah antara calon yang bakal
ditampilkan oleh Parti Bumiputra Perkasa Malaysia (Putra) pada Pilihan
Raya Umum ke-15 (PRU15) di Kelantan.
Presiden
Putra, Datuk Ibrahim Ali berkata Putra akan bertanding di 45 kerusi
Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 14 Parlimen di seluruh negeri itu.
“Suka
saya nyatakan di sini Putra akan bertanding penuh di 45 DUN dan 14
Parlimen, insya-Allah.
Cuma 14 Parlimen itu kita bahagikan tiga kategori
kerana kita buat keputusan untuk tawaran kepada rakyat sebagai kerajaan
alternatif, dengan tagline kita 'Putra boleh merealisasikan impian rakyat Kelantan'.
Mengulas
lanjut, Putra katanya turut menawarkan calon golongan marhaen, tokoh
agama termasuk lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di beberapa kerusi
DUN.
Dalam menawarkan wadah perjuangan
yang merealisasikan impian rakyat, Ibrahim optimis mahu membawa
perubahan besar kepada negeri Kelantan yang masih ketinggalan dalam
pelbagai sektor.
Bahkan katanya, isu air,
isu penghijrahan anak negeri mencari kerja di luar serta isu tanah
masih gagal diselesaikan kerajaan Kelantan.
Ibrahim
atau popular dengan sapaan Tok Him mengesahkan beliau akan bertanding
di salah satu kerusi DUN di sini manakala bagi kerusi Parlimen, itu akan
dipertimbangkan sama ada Parlimen Gombak atau salah satu Parlimen di
Kelantan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan