Astro Awani
Al-Sultan
Abdullah amat menyedari tentang peranan Parlimen sebagai satu paltform
penting untuk wakil-wakil rakyat bersidang. - Gambar fail/ BERNAMA
KUALA LUMPUR:
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menanti
langkah selanjutnya daripada kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri,
Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam isu pembukaan Parlimen.
Dalam
ciapannya, Anwar turut menjunjung kasih di atas titah Yang di-Pertuan
Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang
menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat
mungkin.
Terdahulu,
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil
Shamsuddin berkata, Seri Paduka Baginda bertitah, persidangan Parlimen
perlu bagi membolehkan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan
Negara dapat dibahaskan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat.
Jelas
Ahmad Fadil lagi, Al-Sultan Abdullah amat menyedari tentang peranan
Parlimen sebagai satu paltform penting untuk wakil-wakil rakyat
bersidang bagi membincangkan isu khususnya berkaitan penularan wabak
COVID-19.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan