Astro Awani

Annuar
percaya Kerajaan Negeri Sarawak telah melihat kepada beberapa aspek dan
perundangan untuk mengadakan pilihan raya negeri. - fotoBERNAMA
KUCHING:
Keputusan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN-12)
terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin
Al-Mustafa Billah Shah.
Jelas Menteri
Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, ini kerana Sarawak
ketika ini masih lagi dalam tempoh Proklamasi Darurat sehingga Februari
tahun depan.
“Saya percaya kerajaan negeri melihat kepada aspek-aspek dan perundangan kalau nak adakan pilihan raya negeri.
“Tetapi
itu terpulang kepada kerajaan negeri dan juga kerana penangguhan itu
terkait dengan undang-undang penguatkuasaan akta darurat yang masih lagi
berkuat kuasa sehingga tempoh tertentu.
“Maka kuasa-kuasa itu ada pada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan juga Parlimen, jelasnya.
Beliau
pada masa sama mengakui ada berbincang dengan Ketua Menteri Sarawak,
Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berhubung PRN-12.
Ketika ini desas-desus berkenaan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak semakin diperkatakan.
Spekulasi
dihangatkan lagi dengan kunjungan beberapa menteri persekutuan ke
negeri itu termasuk lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail
Sabri Yaakob esok.
Ogos lalu, Al-Sultan
Abdullah mengisytiharkan proklamasi darurat di seluruh sarawak sehingga 2
Februari tahun depan sekali gus menggantung (prn-12) daripada diadakan
dalam tempoh berkenaan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan