Astro Awani
Anwar
Ibrahim berpandangan adalah mustahil untuk mengawal dan menjamin
pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang berkesan semasa Pilihan
Raya Negeri (PRN) Melaka. - Foto Pejabat Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR:
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan adalah
mustahil untuk mengawal dan menjamin pelaksanaan prosedur operasi
standard (SOP) yang berkesan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka
akan datang.
Tegasnya, kerajaan khususnya
UMNO telah menyebabkan perubahan di Melaka dengan mengenepikan suara
majoriti, termasuk faktor kesihatan dan keselamatan rakyat berkait
pandemik COVID-19.
"Kalau pilihan raya diadakan, saya yakin InsyaAllah akan ada perubahan (dalam isu pentadbiran) dan kita terpaksa teruskan.
"Tetapi, adakah kita boleh teruskan dengan keadaan sedemikian dan risiko yang didepani?
"Mustahil.
Saya nak sebut di sini, kepada menteri-menteri yang petah bercakap,
harus faham, ia (isu ini) bukan atas angin dikalangan
perencana-perencana elit sahaja.
"Di
peringkat bawah, adalah mustahil dapat kita kawal dan menjamin
pelaksanaan SOP yang berkesan, tapi kalau kita terpaksa, kita terpaksa
lakukan dengan kawalan sebaiknya," katanya.
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata demikian pada sidang media di Kompleks Parlimen pada Rabu.
Mengulas
lanjut, Presiden PKR itu turut menegaskan bahawa rakyat tidak harus
lupa pucuk pangkal serta punca kepada permasalahan hingga memaksa PRN di
negeri itu.
Menurutnya, Yang di-Pertua
Negeri serta kepimpinan kerajaan sementara di negeri itu harus mengambil
langkah membetulkan kesilapan yang dilakukan.
"Saya nak tegaskan tentang langkah yang harus difikirkan betul-betul oleh pihak kerajaan, Perdana Menteri dan Kabinet.
"Dalam hal ini, mereka tidak boleh melepaskan tanggungjawab atas kesilapan besar yang dilakukan kerajaan pimpinan UMNO Melaka.
"Ia
termasuk salah memberi nasihat dan tindakan gopoh-gapah Yang di-Pertua
Negeri sendiri untuk membubar DUN tanpa memikirkan langkah yang
berikutnya iaitu perlu diadakan PRN di Melaka.
"Namun, sementara itu, kita terpaksa teruskan kerja kita di Melaka dengan kekangan yang amat besar," jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan