HALAMAN SANTAI

Jumaat, 29 Oktober 2021

PAS paling lantang suarakan isu arak jenama Timah

 Oleh KHAIRUL AZLAM MOHAMAD

KUALA TERENGGANU: Parti PAS dilihat sebagai parti yang paling lantang bersuara mengenai isu arak berjenama Timah dengan mendesak kerajaan mengambil tindakan segera.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato’ Yahaya Ali berkata, sejak dahulu lagi PAS berusaha untuk mengurang dan mencegahkan gejala akibat minum arak. 

Menurutnya, PAS menggesa kerajaan bertindak lebih tegas dalam meluluskan sesuatu perkara termasuk penjenamaan minuman keras arak jenama ‘Timah’.

“Arak yang dinamakan Timah membuka ruang menyebabkan umat Islam tersentuh hati Adalah diharapkan ahli-ahli badan ‘legislatif’ atau perundangan melihat isu jenama arak Timah suatu isu yang serius.

“Kerajaan perlu lebih tegas dalam meluluskan suatu perkara yang menyentuh kedudukan umat Islam,” katanya pada Program Bicara Minda, anjuran Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) di saluran TV Darul Iman dan Kelantan TV, malam tadi.

Yahaya juga berkata, walaupun orang bukan Islam tidak dihalang minum arak di premis mereka, namun ia tidak sepatutnya dibenarkan diminum di tempat terbuka bagi menjaga keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“Apa yang penting, kita hendak masyarakat dibina atas asas yang kukuh dan paling penting semua pihak perlu beramal dengan agama mereka,” ujarnya.

Arak buatan tempatan itu dikatakan untuk pasaran luar negara difahamkan diluluskan ketika era pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Seri Alexander Nanta Linggi memberitahu, syarikat pengeluar arak terbabit, Winepark Corporation (M) Sdn. Bhd., meminta tempoh seminggu untuk menukar nama dan imej pada produk itu. – HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: