Fareez Azman
Pengerusi
Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kepada
kebijaksanaan Pas dalam membuat keputusan berhubung kerjasama parti itu
dengan UMNO. - Gambar fail/BERNAMA
AYER KEROH:
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan
kepada kebijaksanaan Pas dalam membuat keputusan berhubung kerjasama
parti itu dengan UMNO.
Jelasnya,
perbincangan telah dijalankan sebelum ini di bawah gabungan itu bagi
menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada November depan.
"Saya serahkan kepada Pas, kami dah bincang panjang dalam mesyuarat PN, bagi saya apa pun Pas nak putuskan itu hak mereka.
"Saya
harap Pas berikan pertimbangan semasak-masak supaya strategi menghadapi
PRN tepat, tidak timbul situasi tidak ketentuan mungkin beri kesan di
Melaka," jelasnya.
Mengulas lanjut mengenai tawaran UMNO kepada Pas, jelas Muhyiddin, Bersatu tidak terkesan dengan keputusan itu.
Malah ujarnya, fokus PN ketika ini adalah untuk menghadapi PRN sama ada tiga atau empat penjuru.
"Soal
sama ada keputusan orang lain buat, bagi saya tidak terkesan kerana
saya sedar dalam UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 dah buat
keputusan tak mahu bekerjasama dengan Bersatu.
"Kita
tak perlu berpandu lebih daripada itu, kita lebih gariskan rancangan
buat persiapan penting menghadapi PRN sama ada tiga atau empat penjuru.
"Ini
bukan soal Pas, ini soal Perikatan Nasional kena melihat kami bukan
sebagai Pas, Bersatu dan Gerakan. PN ada dasar, prinsip asas, itu harus
dihargai dan dihormati," jelasnya lagi.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Minum Petang bersama Profesional Melaka di Ayer Keroh pada Sabtu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan