HALAMAN SANTAI

Rabu, 27 Oktober 2021

Hati-hati ada pihak hendak bunuh UMNO – Ku Nan

discharged acquitted Ku Nan Tengku Adnan Tengku Mansor free conviction Tadmansori Holdings Aset Kayamas Chai Kin Kong corruption conviction
Tengku Adnan Tengku Mansor

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli UMNO diminta berhati-hati apabila berdepan dengan dakwaan atau pelbagai spekulasi berkaitan UMNO.

Ini kerana, pihak-pihak yang hendak ‘bunuh’ UMNO dengan menyatakan parti ini hanya tinggal sejarah.

Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, jika ada yang menuduh UMNO tamak kuasa kerana hendak bertanding sendiri, maka fikirkanlah mana pernah UMNO bertanding dalam mana-mana pilihan raya menggunakan bendera UMNO.

Malah sejak pilihan raya pertama hingga kini UMNO tetap bersama parti lain dalam Parti Perikatan dan bersama Barisan Nasional (BN) pada hari ini.

Hendak tuduh UMNO tamak kuasa – kalau tamak kuasa, masakan Ahli-Ahli Parlimen UMNO menyokong lantikan perdana menteri dari parti lain tetapi UMNO menarik balik sokongan demi rakyat, demi agama, bangsa dan negara.

”Kita bukanlah parti yang suka buka pekung pihak lain atau saling mengata tapi ketahuilah bahawa UMNO lakukan demi masa hadapan yang baik setelah pelbagai kucar-kacir berlaku.

”UMNO parti perjuangan dan akan terus berjuang selari dengan matlamat asal yang akan terus kukuh untuk setiap lapisan generasi.

”Selama ini pun, dari sebelum sehinggalah merdeka, semasa berkerajaan dan dalam keadaan kita menjadi pembangkang sekalipun, UMNO tetap mahu mendahulukan rakyat.

”Biarpun kita akui ada kepincangan dalam seorang dua namun ia bukanlah mewakili kesemuanya. Kita bukan sempurna malah dalam setiap kebaikan yang kita lakukan tetap ada kecacatannya,” katanya dalam kenyataan di sini.

Tengku Adnan yang mengikuti persidangan UMNO di peringkat cawangan baru-baru ini berkata, mesyuarat itu bukan sahaja dihadiri golongan veteran tetapi turut disertai oleh golongan belia yang tentunya bakal mencipta sejarah untuk membawa UMNO kembali sebagai tampuk pentadbiran negara.

Beliau akui golongan muda amat penting dalam UMNO kerana mereka adalah pewaris perjuangan, lebih dari itu mereka bakal pemimpin masa hadapan.

”Janganlah pula anak muda ditegah bersama UMNO sebaliknya libatkanlah mereka dan janganlah penglibatan dalam UMNO dibuat demi bersandarkan kepentingan tertentu.

”UMNO tak menjanjikan apa-apa, bukan untuk jadi proksi demi harta benda, kemewahan dan kuasa atau dijadikan batu loncatan. Sebaliknya UMNO adalah platform perjuangan yang telah digarap dengan begitu elok.

”Ada asas tujuan yang jelas, ada organisasi yang mantap, ada Perlembagaan dan etika yang mengikat malah sistem teratur yang disokong anggota akar umbi hinggalah ke pucuk pimpinan teratas,” ujar beliau.

Oleh itu, nasihatnya, jagalah imej UMNO, jangan lagi robekkan dengan sifat dangkal tanpa beralas perjuangan.

Jadikanlah pengalaman pilihan raya umum lalu sebagai pengajaran kerana fitnah amat bahaya natijahnya.

”Ikatlah silaturrahim dan kesepaduan dalam bangsa kita tanpa sebarang sifat prejudis dan prasangka sebaliknya ikhlaskan diri laksanakan amanah atas perjuangan agama, bangsa dan tanah air,” tambah beliau. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: