HALAMAN SANTAI

Ahad, 17 Oktober 2021

Anwar yang tidak terhina tolak elaun setara menteri, tak tahan dikritik

 

Selepas lima hari menerima surat pengesahan naik taraf pejabat Ketua Pembangkang setaraf dengan pejabat menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengeluarkan kenyataan menolak tawaran yang diberikan.

Menurut Anwar, beliau berterima kasih dengan pengiktirafan yang diberi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, namun tidak dapat menerimanya sama sekali.

Sebab dan alasan penolakan tawaran itu tidak dijelaskan oleh Ahli Parlimen (MP) Port Dickson itu. Anwar hanya memaklumkan, meskipun ada pengiktirafan kepada Pejabat Ketua Pembangkang tetapi ia tidak bermaksud pembangkang akan bersetuju dengan semua dasar kerajaan tanpa mempersoalkannya.

“Beberapa kemudahan lain yang setaraf menteri tidak dapat saya terima sama sekali. Malah, saya akan menyalurkan dana tersebut untuk tabung rakyat miskin.

“Saya juga telah tegaskan pada pihak Parlimen yang menyediakan pejabat saya untuk tidak membuat sebarang pengubahsuaian dan diberi peruntukan tambahan,” kata Presiden PKR itu.

Berdasarkan surat tawaran oleh Perdana Menteri, Ketua Pembangkang akan menerima gaji dan elaun bulanan sebanyak RM33,560.20 serta elaun pakaian berjumlah RM9,000 untuk tempoh tiga tahun.

Berikut gaji, elaun serta kemudahan lain yang akan diterima ketua pembangkang menurut Anwar.

RM14,907.20 gaji bulanan
RM12,320 sebulan untuk elaun keraian
RM1,500 sebulan untuk bayaran khas
RM4,000 sebulan untuk elaun rumah
RM833 sebulan untuk elaun selenggara rumah
RM6,000 elaun pakaian panas (sekali dalam tiga tahun)
RM1,500 elaun pakaian upacara rasmi (sekali dalam tiga tahun)
RM1,500 elaun bayaran pakaian ‘black tie’ (sekali dalam tiga tahun)
Sebuah kereta rasmi serta penggunaan kenderaan peribadi untuk tugas rasmi

Tiada ulasan: