HALAMAN SANTAI

Isnin, 18 Oktober 2021

Bersatu Labuan bersiap sedia hadapi PRU15

 Bernama

Bersatu Labuan bersiap sedia hadapi PRU15
Bersatu Labuan menyiapkan jentera pilihan rayanya bagi memastikan parti itu bersedia pada PRU15 akan datang.
 
LABUAN: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Labuan menyiapkan jentera pilihan rayanya bagi memastikan parti itu bersedia pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.
 
Ketua bahagiannya Datuk Suhaili Abdul Rahman berkata jentera parti telah memulakan persediaan di peringkat cawangan, Pemuda dan Wanita bagi memastikan Bersatu Bahagian Labuan memainkan peranan proaktif pada pilihan raya itu.
 
"Ketika ini, usaha gerak kerja jentera parti sedang diperkemas dan diperkukuh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Agung Tahunan Cawangan-Cawangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian labuan 2021 di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan pada Ahad.

Tiada ulasan: