Shuhada Abdul Kadir

Datuk
Seri Ahmad Maslan yakin rakyat akan membuat pilihan tepat dan rasional
pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan dilaksanakan. - Gambar
fail
MELAKA:
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yakin rakyat akan
membuat pilihan tepat dan rasional pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka
yang akan dilaksanakan.
Ini kerana
tsunami politik pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu sehingga
menyebabkan ketidakstabilan politik untuk tempoh masa yang panjang
sehingga kini perlu dijadikan iktibar.
“Saya
kira rakyat kesal terhadap kesilapan mereka memilih pada PRU lalu
kerana kesilapan memilih untuk mencuba sesuatu yang baru maka (kesannya)
negeri dan negara tidak stabil sehingga ke hari ini.
“Harapan
saya rakyat tidak lagi salah pilih kerana menukar kerajaan ini ada
implikasi positif serta negatif dan akibat (membenarkan) pihak tidak
betul memerintah, bukan sahaja melaka malahan negara tidak stabil untuk
tempoh yang lama,” katanya.
Beliau
berkata demikian selepas meninjau persiapan jentera UMNO parlimen Hang
Tuah Jaya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, di sini pada
Ahad.
Hadir sama Setiausaha Badan
Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mustafa Musa, Ketua UMNO Bahagian Hang
Tuah Jaya, Datuk Mohd Ridwan Mohd Ali dan Exco Kesihatan dan Antidadah
negeri, Datuk Rahmad Mariman.
Dalam pada
itu, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, UMNO perlu
memastikan kemenangan besar pada PRN Melaka sebagai langkah
‘menghentikan’ mandat percaturan wakil rakyat kepada mandat rakyat.
“Percaturan
wakil rakyat bukanlah mandat sebenar dalam sesebuah demokrasi
berparlimen terutama di negara kita ini yang paling mujarab adalah
mandat sebenar rakyat yang perlu dikembalikan dalam PRN yang akan
diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak lama lagi.
“Jika
politik dan pentadbiran tidak stabil, ini akan mengakibatkan kesukaran
banyak pihak termasuk dari segi mentadbir, pelabur, perubahan struktur
politik dan juga rakyat secara amnya,”katanya.
Justeru,
jelas Ahmad, akar umbi di setiap peringkat bahagian perlu sentiasa
bersiap siaga dari pelbagai aspek termasuk persiapan jentera supaya UMNO
dan Barisan Nasional (BN) dijadikan pilihan rakyat untuk mengembalikan
kestabilan politik negeri Melaka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan