HALAMAN SANTAI

Sabtu, 16 Oktober 2021

Ke masjid tanpa layanan VIP, jemaah puji Ismail Sabri

Perkongsian video TikTok mengenai Ismail Sabri Yaakob yang hadir ke masjid menunaikan solat Jumaat tanpa layanan kenamaan, sama seperti jemaah lain ditonton lebih 400,000 kali setakat malam ini.

TIDAK lama dahulu menjadi satu isu besar di Malaysia mengenai layanan khas untuk golongan VIP ketika solat Jumaat di sebuah masjid di ibu negara.

Walaupun sudah dijelaskan pihak pengurusan, namun biasalah di media sosial, ada yang bersetuju dan ada yang tidak.

Namun, hari ini hal sebaliknya pula berlaku melibatkan pemimpin tertinggi negara seperti dikongsikan seorang pengguna TikTok.

Ia melibatkan kelibat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sebuah masjid di Putrajaya hari ini.

Menurut pengguna TikTok berkenaan, walaupun ketua kerajaan, Ismail Sabri hadir ke masjid tengah hari tadi seperti mana orang lain.

Kiranya, lambat duduk saf belakang walaupun bergelar Perdana Menteri Malaysia, kata Abdul Rahim Azhari, dalam hantaran ‘Siapa Kenal?’.

Dan lebih menarik perhatian, Ismail Sabri dilihat hadir tanpa ada pengiring yang ramai seolah-olah seperti jemaah lain.

“Mula-mula saya tak perasan siapa dia, tetapi bila dia bentang sejadah untuk solat sunat sebelum solat Jumaat maka hati kata saya kata ini dia (Perdana Menteri).

“Dia pemimpin tertinggi negara tapi masuk masjid dalam keadaan ramai orang, tiada escort, tiada keistimewaan apa-apa untuk dibawa ke saf depan. Lambut duduk saf belakang macam jemaah lain.

“Pada saya ini contoh ikutan kepada rakyat Malaysia. Merendah diri, tak pernah rasa diri hebat dan tidak menggunakan keistimewaan kuasa untuk duduk saf depan,” katanya.

Abdul Rahim yang merupakan seorang penceramah motivasi mengakhiri video itu dengan mengajak rakyat mendoakan kesejateraan pemimpin Malaysia.

Perkongsiannya itu juga tular di media sosial dengan video tersebut mendapat lebih 400,000 tontonan setakat malam tadi.

Tiada ulasan: