BUKIT MERTAJAM: PAS
Kawasan Bukit Mertajam telah menyerahkan manfaat khairat kematian atau
SkimPAS kepada keluarga Allahyarham Salim Desa, di sini Ahad lalu.
Yang
Dipertua PAS kawasan, Norazman Ishak menyerahan replika cek RM10,000
itu kepada Syakirah mewakili balu allahyarham, Hasimah Shahid usai
mesyuarat tahunan PAS kawasan ke-37 di Dewan Sekolah Rendah Islam
Attarbiyatul Islamiah, Masjid Tok Lebai Hashim.
Menurutnya, pihak Takaful Etiqa telah mengkreditkan amaun tersebut terus ke akaun balu allahyarham.
“PAS Bukit Mertajam akan sentiasa cakna terhadap kebajikan balu dan anak-anak arwah, insya-Allah,” ujarnya.
Sementara itu, katanya, dalam mesyuarat agung tahunan yang diadakan dengan kehadiran 120 perwakilan dari 14 cawangan itu sebulat suara untuk mengekalkan tiga pucuk pimpinan.
Katanya, selain beliau ialah timbalannya dan naib, Hussain Szalan Ghazali dan Adnan Yusuf yang menang tanpa bertanding.
Menruutnya lagi, PAS kawasan telah membuat usul pindaan terhadap Perlembagaan PAS bab 12, fasal 85 tatatertib ceraian (2) yang akan dibawa ke Muktamar Tahunan PAS nanti. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan