Israr Khalid

PH
berpeluang memenangi PRN Melaka jika UMNO, Bersatu dan Pas gagal
menemui titik tengah memeterai persetujuan untuk bekerjasama sebagai
sebuah unit. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) akan berpeluang besar memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan diadakan 20 November ini.
Namun
kata penganalisis politik, Dr Muhammad Tawfik Yaakub, syaratnya adalah
UMNO, Bersatu dan Pas gagal menemui titik tengah memeterai persetujuan
untuk bekerjasama sebagai sebuah unit dalam pertandingan di bumi Hang
Tuah itu nanti.
“Saya
lihat kalau berlaku pertandingan lebih daripada dua penjuru, maka PH
mempunyai potensi besar untuk kembali mentadbir Melaka.
“Tapi
jika kerjasama melalui rundingan perbincangan yang boleh dikemukakan
oleh Bersatu-Pas-UMNO, maka saya lihat peluang itu cerah kepada
ketiga-tiga parti tersebut setelah kerjasama digembleng sebelum PRN
Melaka.”
Muhammad
Tawfik melihat PRN Melaka ini sebagai sebuah prelud atau cerminan
kepada politik Malaysia menuju Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti.
Ini
kerana, katanya, segala bentuk percaturan di Melaka akan menjadi asas
kepada rupa bentuk pertentangan di peringkat nasional kira-kira dua
tahun akan datang.
“Andai kerjasama itu
berjaya diketengahkan, maka dalam PRU 15 mereka mempunyai peluang yang
lebih besar dan cerah untuk menarik sokongan dan pengaruhi rakyat kerana
melalui pembuktian serta track record yang pernah ditunjukkan dalam PRN Melaka.
“Namun jika ini gagal, maka ini akan menyebabkan PH berpeluang akibat daripada kelemahan musuh politik mereka.”
Muhammad Tawfik berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Isnin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan