Fadilah Sulaiman
Parti
Sarawak Bersatu (PSB) bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri
ke-12 (PRN-12) dan yakin akan dapat membentuk kerajaan baharu Sarawak.
KUCHING:
Parti Sarawak Bersatu (PSB) bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya
Negeri ke-12 (PRN-12) dan yakin akan dapat membentuk kerajaan baharu
Sarawak kata Presidennya Datuk Seri Wong Soon Koh.
Pun
begitu, beliau menekankan PSB tidak terburu-buru untuk Dewan Undangan
Negeri (DUN) dibubarkan sebelum tamat tempoh darurat pada Februari 2022
demi keselamatan penduduk negeri itu ekoran pandemik COVID-19.
“Kami
sudah bersedia, cuma kami mahu kerajaan sekarang menjaga nyawa rakyat
terlebih dahulu dan bukannya menyegerakan pilihan raya.
“Sekiranya mereka benar-benar mahu melaksanakan PRN, kami sudah bersedia,” katanya dalam satu sidang media di sini pada Ahad.
Malah
Soon Koh turut menggesa Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk
tidak mengadakan PRN-12 lebih awal atas faktor kes COVID-19 yang masih
tinggi di negeri ini serta kemungkinan berlakunya peningkatan mendadak
apabila kempen mula dilakukan seperti yang telah berlaku ketika PRN
Sabah tahun lepas.
“Kerana pada masa itu
saya harap ketika pilihan raya diadakan tidak akan terlalu banyak orang
dari Semenanjung yang datang. Mereka pasti akan datang untuk berkempen
dan sebagainya. Itulah masanya ramai orang dijangkiti.
“Kenapa
nak tergesa-gesa? Mereka juga yang telah melancarkan Bajet 2022 lebih
awal yang mereka katakan sudah dipersetujui. Jadi kenapa tergesa-gesa
mahu mengadakan pilihan raya tidak lama lagi? Mereka boleh tunggu
sehingga Darurat diangkat oleh Yang di-Pertuan Agong Februari kelak,”
katanya lagi.
Senada dengan beliau
Setiausaha Agung PSB, George Lo yang mendedahkan PSB bersedia dan telah
memulakan proses pemilihan calonnya sejak tahun 2019, malah mereka juga
sudah bergerak aktif di lapangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan