HALAMAN SANTAI

Ahad, 17 Oktober 2021

Senarai calon PRN Melaka, PRU 15 diputuskan tiga pemimpin tertinggi UMNO


Hanya tiga orang pemimpin tertinggi parti yang akan menentukan senarai calon UMNO bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15).

Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahidi Hamidi berkata, mereka ialah Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan dan beliau sendiri.

“Yang akan memuktamadkan calon-calon pilihan raya negeri dan juga pilihan raya umum akan datang bukan daripada Presiden saja.

“Tiga orang yang akan memutuskannya iaitu Perdana Menteri sendiri, Timbalan Presiden dan Presiden UMNO yang juga menjadi Pengerusi Barisan Nasional (BN), tiga orang ini yang akan memuktamadkannya.

“Namun jika ketiga-tiga mereka ini bersetuju tetapi tidak dipersetujui Pengerusi BN, maka watikah itu tidak akan ditandatangani,” katanya dalam laporan Berita Harian.

Sementara itu, Zahid berkata lagi, perkembangan terbaru itu menunjukkan kerjasama yang baik dalam kalangan mereka bertiga.

Katanya, mereka juga bersepakat bahawa kriteria kebolehmenangan (winnable), kebolehterimaan (acceptable) dan kebolehsenangan (likable) akan digunakan untuk memilih calon yang sesuai.

“Ini bukan soal lobi, bukan soal kipas tetapi kami bertiga bersetuju dengan calon yang mempunyai kriteria winnable, acceptable dan likeable,” katanya.

Tiada ulasan: