HALAMAN SANTAI

Jumaat, 15 Oktober 2021

UMNO cawangan mula bersidang hari ini – Ismail Sabri

MGF040819_MESYUARAT-PERWAKILAN-BAHAGIAN-SUBANG12-1
Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – UMNO di peringkat cawangan di seluruh negara mula bersidang hari ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan selamat bersidang kepada akar umbi UMNO yang bakal menjadi medan tepat bagi ahli membincangkan agenda memperkukuh parti.

Beliau yang juga Perdana Menteri, menyeru ahli menjadikan parti keramat orang Melayu itu sentiasa dipelihara dengan semangat menjunjung kepentingan agama, bangsa dan tanah air tercinta.

“Selamat bersidang kepada semua ahli UMNO cawangan-cawangan di seluruh negara. Amalkan norma baharu dan patuhi SOP demi keselamatan diri, keluarga dan masyarakat sekeliling kita,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.

Pada 30 September lalu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah menetapkan tarikh persidangan cawangan, bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) bagi tahun 2021 dilaksanakan bermula Oktober ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam kenyataan media memaklumkan, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat yang dipengerusikan Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Tarikh-tarikh untuk diadakan Persidangan Cawangan, Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO 2021 ialah persidangan cawangan bermula 15 Oktober hingga 30 November ini.

Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian diadakan serentak seluruh negara pada 11 dan 12 Disember ini, manakala Mesyuarat Perwakilan Bahagian 18 Disember 2021 dan PAU 2021 pada 13 hingga 15 Januari 2022. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: