HALAMAN SANTAI

Jumaat, 5 September 2008

Abdullah bentangkan belanjawan Titanic - Shamsul Iskandar

Suara KeADILan


KUALA LUMPUR - Mengulas mengenai belanjawan yang dilaksanakan Perdana Menteri Abdullah Badawi, Jumaat lepas, Ketua Angkatan Muda KeADILan Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata belanjawan yang dibentangkan ibarat gula-gula dan bermotifkan politik.

Katanya kerajaan terpaksa menumpukan Sabah dan Sarawak demi menarik perhatian rakyat negeri itu berdasarkan keadaan semasa yang tertumpu kepada perubahan tampuk kepimpinan negara yang dijangka pada 16 September ini.

“Saya ibaratkan ianya hanya belanjawan kapal titanic, dimana Abdullah cuba untuk kali terakhir untuk selamatkan kapal Umno dari tengelam,” katanya.

Tambahnya lagi, belanjawan yang dibentangkan oleh Abdullah tidak banyak khabar gembira bagi mereka yang bekerja dalam sektor swasta dan perkilangan.

“Abdullah tidak menjamin sektor buruh dimana kurang khabar gembira kepada pekerja-pekerja di sektor swasta dan perkilangan,” katanya lagi.

Selain itu, pada kelompok generasi muda, belanjawan kali ini juga dilihat tidak ada impak kepada golongan ini.

“Keyakinan kami hanyalah pada 16 September dan saya yakin begitu juga generasi muda yang lain, walaupun belanjawan yang dibentangkan digembar gemburkan sebagai mesra rakyat, namun tidak ada peruntukan khusus yang boleh memberikan kelegaan kepada generasi muda,” katanya.

Tiada ulasan: