HALAMAN SANTAI

Jumaat, 5 September 2008

KD Pahang ke Teluk Aden lindungi kapal MISC

Utusan Online


KUALA LUMPUR – Sebuah lagi kapal peronda, KD Pahang akan dihantar ke Teluk Aden bagi membantu operasi melindungi lima kapal MISC yang melalui perairan yang terdedah kepada ancaman lanun itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kapal peronda tersebut sedang membuat persiapan dan akan belayar ke teluk berkenaan dalam masa terdekat.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, penghantaran KD Pahang adalah susulan daripada penghantaran pertama kapal friget KD Lekiu dan sebuah kapal sokongan yang dihantar ke Teluk Aden untuk melindungi kapal-kapal MISC.

``Dua kapal tersebut yang dihantar sebelum ini akan tiba ke teluk itu antara dua hingga tiga hari lagi,’’ katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian sumbangan hari raya di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Tiada ulasan: