HALAMAN SANTAI

Sabtu, 6 September 2008

Abdullah kata tidak, MB Selangor yakin 16 September jadi kenyataan

Oleh G. MANIMARAN dan ZANARIAH ABD MUTALIB


(Dikemas kini) KLANG: Rancangan Pakatan Rakyat untuk mendapatkan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasiona (BN)l menyertai pembangkang akan menjadi kenyataan sebagaimana telah dirancang sejak empat bulan lalu, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Rancangan untuk membentuk kerajaan baru pada 16 September, diketuai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih aktif," kata beliau di sini.

Ketika ditanya sama ada sasaran 16 September menjadi realiti, Khalid yang juga Ketua PKR Selangor berkata, partinya tidak mahu mengatakan apa-apa buat masa sekarang.

"Kami tidak mahu buat spekulasi. Kami tidak membuat penilaian berdasarkan spekulasi," kata beliau ketika ditemui di dewan serbaguna Teluk Pulai di sini.

Semalam, khabar angin kononnya tujuh parti komponen BN akan mengadakan sidang akhbar mengumumkan sertai Pakatan Rakyat tidak menjadi, sebaliknya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, tidak ada Ahli Parlimen BN yang akan meninggalkan perikatan ini menjelang 16 September ini.

Tiada ulasan: