HALAMAN SANTAI

Sabtu, 6 September 2008

Malaysia Today menghina Islam?

Roslan SMS


Menurut berita terkini The Star online, JAKIM dan beberapa badan dan NGO Islam termasuklah Yayasan Dakwah Islamiah, JAWI, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, IKIM dan lain-lain telah membuat laporan polis terhadap beberapa artikel yang dianggap menghina Islam di dalam laman web terkemuka Malaysia Today yang dikendalikan oleh Raja Petra Kamarudin.

Menurut laporan The Star:

The allegedly offensive articles cited by Jakim were "I promise to be a good, non-hypocritical Muslim" and "Not all Arabs are descendants of the Prophet".

Among others, Raja Petra wrote "only Muslims pretend to be good when they are actually bad" and compared Prophet Mohammad to Osama bin Laden.


Saya secara peribadi menyokong hak kebebasan bersuara, ianya tidak harus dikekang atau dihalang. Kematangan dan kemajuan rakyat terserlah apabila semua pihak boleh menyuarakan pandangan, mengkritik dan dikritik secara bebas dan terbuka.

Walaubagaimanapun setiap kebebasan itu tidaklah mutlak. Di sana ada peraturan dan kawalan bukannya untuk mengekang atau menghalang tetapi bagi menjamin keharmonian hidup, sifat hormat menghormati dan faham-memahami.

Islam sendiri menjamin kebebasan kepada penganutnya, namun kebebasan itu tidak mutlak dan tertakluk kepada ketentuan dan peraturan Allah swt dan Rasul Nya saw. Sebagai seorang Muslim kita menerima ketentuan dan peraturan ini bukan sebagai kekangan atau halangan tetapi sebagai sesuatu yang kita yakin akan menjadikan kita seorang Muslim yang baik.

Sebelum ini dalam posting saya, secara jelas saya menyebut bahawa saya menentang sebarang usaha untuk mengawal laman-laman web dan blog di negara kita. Kerana sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab kita akui telah ada undang-undang dan peraturan yang mengawal kita. Jika mana-mana pihak didapati telah menghasut atau melanggar mana-mana undang-undang maka dakwalah ia di mahkamah.

Dan dalam hal ini jika benar Malaysia Today telah menerbitkan artikel yang menghina Islam saya tanpa ragu-ragu mengesyorkan agar ia disiasat dan jika perlu di dakwa di mahkamah. Kalau akhbar Denmark yang jauh dipelosok sana dunia telah menghina Rasulullah saw lalu kita bangkit protes, saya rasa tiada pihak yang istimewa dan mengatasi undang-undang dalam negara kita, hatta Raja-raja Melayu pun boleh didakwa atas kapasiti peribadi mereka.

Saya harap NGO dan badan siasah Islam yang lain mengkaji artikel-artikel terbabit dan jika benar ianya menghina Islam, maka wajarlah kita menyatakan bantahan.

Tiada ulasan: