HALAMAN SANTAI

Khamis, 4 September 2008

Amsiah: Jangan guna alasan pemberian bonus untuk naikkan harga barang

BERNAMA


KOTA KINABALU: Para peniaga diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang sesuka hati berikutan pengumuman kerajaan untuk memberikan bonus kepada kakitangan awam.

Ketika membuat seruan itu, Pengerusi Rakan Pengguna Negeri Sabah Datuk Amisah Yassin berkata kenaikan harga barang yang berterusan membebankan pengguna dan sebarang kenaikan yang "melampau" perlu dielakkan.

"Berdasarkan maklumat yang diterima, kenaikan harga barang tertentu amat ketara selepas berlakunya kenaikan harga runcit minyak petrol dan diesel barubaru ini."Oleh itu, kita berharap para peniaga tidak menjadikan pemberian bonus sebagai alasan untuk mengaut keuntungan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Semasa pembentangan Bajet 2009 Jumaat lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada kakitangan awam.

Amisah meminta orang ramai supaya menggunakan kuasa mereka sebagai pengguna untuk memboikot "jika kenaikan harga sesuatu barangan melampau".

Beliau juga meminta pihak berkuasa supaya memantau harga barangan keperluan bagi memastikan peniaga tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan sehingga membebankan orang ramai

Tiada ulasan: